trip 2 KL![part 2]
Pada malam hari Jumaat, Alin tidur pada pukul 2 pagi. Alin tengok tv sampai tak sedar jam pukul berapa! Alin tengok kawan Alin, Puteri dan Syahirah tidur nyenyak di buai mimpi yang indah... Pada tepat pukul 6.24 pagi, Syahirah mengerakkan Alin supaya bangun dan solat Subuh. Alin bangun sekejap pastu tertido.. Puas Syahirah gerakkan... Puteri pula yang gerakkan. Akhirnya, Alin berjaya membuka mata... Sewaktu Puteri hendak mandi, Alin terkocoh-kocoh untuk mengambil air sembahyang. Selepas Alin solat, Alin terus bersiap-siap untuk makan. Semasa Alin hendak bersiap, mak pula telefon, nak dekat 30 minit mak bercakap itu,ini. Kami pun menuju ke lobi untuk menunggu rakan-rakan yang lain. {sewaktu di lobi hotel..] Alin terdengar ada orang bercakap bilik Natasha, ada benda telah menganggu.. macam-macam mereka terdengar bunyi masakla,main seruling,pas tu Calista, hendak mandi dia terbau hancing.. hmmm macam-macamla! susah Alin nak percaya.. Kami pun meneruskan perjalanan melawat ke AKUARIA KLCC. Banyak jenis ikan yang ada di situ.. Cik Zaleha,Aisyah,Rabiatul bergambar dengan kangaroo... Comella kangaroo tu!!! Alin tak tangkap gambar bersama. Selepas itu, kami pergi ke Mid-Valley. Terpegun Alin melihatnya. Pasti ramai orang berkata bahawa Alin ni umpama rusa masuk kampung??? Bukan Alin mengangumi je... Kami pusing satu pusat membeli belah. Dan Alin terjumpa Ana Raffali!!! WOW bestnya!! tapi rakan yang lain jumpa Fimie Don dan Julia Ziglier.Ala... sadisnya tak dapat jumpa... Tapi Alin jumpa juga dengan Ana Raffali. YIPPIE!! Selepas itu, kami singgah MPH,WATSON dan lain-lain.Dekat Watson ALin beli lipgloss dan mascara tu je... Tapi jarang pakai. HAHAHA!! Akhir sekali kami balik ke IPOH... -DAH ABIS- [TAMATLA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL]
~SALAM SAYANG ~
Label: KL
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama